PUCHONG 2 Nov. - MCA berpendirian bahawa jawatan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) seharusnya dipegang oleh individu paling layak sahaja tanpa mengira kaum.
Sehubungan itu, Naib Presidennya, Datuk Liow Tiong Lai berkata, PKNS sewajarnya melantik individu yang terbaik dari segi kredibiliti dan kemampuan untuk mengisi jawatan tersebut.
''Sesiapa yang berkelayakan boleh memegang jawatan tersebut tanpa mengira kaum. Kita berharap mereka (PKNS) mengambil individu yang terbaik,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Hari Kesihatan anjuran bersama Women Organization Development cawangan Puchong dan MCA bahagian Puchong di sini hari ini.
Tiong Lai diminta mengulas tindakan kerajaan negeri Selangor melantik Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS yang sepatutnya bersara tahun ini.
0 comments:
Post a Comment