LAPORAN LAWATAN WDO BAHAGIAN PUCHONG
KE RUMAH ANAK-ANAK YATIM DI BANDAR PUTERI PUCHONG
Pertubuhan Pembangunan Wanita Malaysia, Bahagian Puchong membuat satu lawatan ke Rumah Anak-Anak Yatim ‘House of Joy’ pada 29 Jun 2008 pada pukul 3 petang. Rumah Anak-Anak Yatim tersebut beralamat No.24, Jalan Puteri 10/10, Bandar Puteri, Puchong,.
Lawatan ini bertujuan untuk memahami situasi dan kesukaran anak-anak yatim serta mengetahui cara-cara untuk membantu anak-anak yatim tersebut.
Lawatan ini disertai oleh sekumpulan ahli-ahli WDO dengan pimpinan pengerusi WDO bahagian Puchong, Chin Ah Yim. Rombongan kami disambut oleh Pengelola Rumah Anak-anak Yatim iaitu Puan Soong. Mula-mula kami diberikan penerangan tentang pentadbiran rumah itu. Kemudian kami dibawa melawat persekitaran rumah tersebut. Persekitaran rumah amat bersih dan sesuai untuk anak-anak yatim. Mereka amat sihat kerana dijaga oleh pekerja-pekerja yang bertanggungjawab. Puan Soong memberitahu kami bahawa anak-anak yatim mempunyai kecacatan genetic iaitu Sindrom Down. Namun demikian, mereka suka belajar. Oleh itu, pengerusi kami bercadang untuk menderma buku kepada mereka pada masa yang akan datang.
Rombangan kami telah menyumbangkan alat-alat tulis dan makanan kepada anak-anak yatim. Mereka menerimanya dengan gembira.
Lawatan ini berjaya menimbulkan kesedaran di kalangan anggota. Mereka begitu bersimpati terhadap kesukaran yang perlu dilalui oleh anak-anak yatim itu.
Semoga anak-anak yatim hidup dengan sihat dan gembira. Selain ini, kami berharap mereka dapat bersumbang kepada masyarakat kami apabila dewasa.
Laporan disediakan oleh,
Anna dan Mandy Kaw
3 Julai 2008
0 comments:
Post a Comment